Thursday, October 29, 2015

Khatam Surah An-Nisa

An-Nisa, dari  Ayat 41~50 

41. Lantaran itu, bagaimanakah hebat keadaan nanti apabila kamu bawa kan seorang penyaksi dari taip-tiap umat dan manusia bawakan mu sebagai penyaksi atas  mereka itu ?.

42. Pada hari itu, mereka yang kufur dan derhaka kepada Rasul, suka kalau mereka disamakan dengan bumi, kerana tak dapat mereka menyembunyikan daripada Allah satu pun perkataan.

43. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu hampir kepada sembahayang pada hal kamu sedang mabuk, hingga  kamu tahu apa yang kamu katakan, dan jangan kamu hampiri kepada tempat sembahayang pada hal kamu junub, kecuali orang-orang yang melalui nya, hingga kamu mandi, dan jika kamu sakit atau didalam pelayaran, atau seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan-perempuan, sedang kamu tak dapat air,  maka hendaklah kamu sapu muka-muka kamu dan tangan-tangan  kamu, kerana sesungguhnya adalah Allah itu pemudah, pengampun.

44. Tidak kah engkau perhatikan orang-orang yang diberi sebahagian daripada kitab itu memilih  kesesatan, dan mereka ingin supaya kamu sesat dari jalan yang benar.

45. Tetapi Allah terlebih mengetahui musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai pengawal dan cukuplah Allah sebagai penolong.

46. Sebahagian daripada mereka yang jadi Yahudi itu mengubah kalimah-kalimah daripada tempat-tempat nya, dan mereka berkata; “kami dengar, tetapi kami derhaka, dan dengar lah ! pada hal engkau tidak didengar, dan  ‘memperhatikan’, “ kerana mereka memutar lidah-lidah mereka dan mencela agama, pada hal jika mereka berkata; “kami dengar dan kami taat, dan dengarlah dan ‘perhatikan’,”  nescaya adalah lebih baik buat mereka dan lebih lurus, tetapi Allah telah laknatkan mereka dengan sebab kekufuran mereka. Lantaran itu, tidak ada yang beriman dari mereka melainkan sedikit.

47. Hai orang-oang yang diberi kitab ! berimanlah kepada apa yang kami telah turunkan, yang mana menyetujui apa yang ada pada kamu, sebelum kami hapuskan muka-muka, lalu kami palingkan dia kebalakang nya, atau kami laknat mereka sebagaimana kamu laknati ‘maksiat’, kerana adalah perintah Allah itu akan dikerjakan.

48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni yang ia disekutui, tetapi ia akan mengampuni selain dari itu bagi siapa yang ia kehendaki, dan barang siapa sekutukan  Allah, maka sesungguh nya ia telah membuat satu dosa yang besar.

49. Tidak kah engkau lihat kebodohan orang-orang yang membersihkan diri-diri nya ? bahkan Allah akan bersihkan siapa-siapa yang ia kehendaki, dan mereka tidak akan dianyanyai walau pun sedikit.

50. Lihatlah bagaimana mereka membuat dusta atas nama Allah ! pada hal cukuplah yang demikian itu jadi satu dosa yang nyata. 



Following Twitter,